Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

3 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2020 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 7 iaitu cara memasukkan header dan footer sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa lepas. Mereka telah diminta untuk membuat latihan pemantapan Topik 7.

Para peserta kelas juga telah diterangkan mengenai Topik 8 iaitu memasukkan grafik ke dalam Microsoft Words, menggunakan format grafik dan memasukkan WordArts serta memilih bentuk wordArt yang diingini ke dalam teks. Mereka juga diminta untuk memuat turun gambar yang disukai daripada internet dan memasukkannya ke dalam words yang telah dibuka.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan mengenai panggilan palsu iaitu cara untuk mengenalpasti panggilan palsu dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panggilan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali